Monday, July 13, 2009

Melinsung Ranch, Sabah



Selamat Datang ke Melinsung Ranch



Melinsung Ranch merupakan Pusat Menunggang Kuda yang terletak di persisiran pantai. Melinsung Ranch hanya terletak kira-kira 4o minit perjalanan dari Kota Kinabalu. Perjalanan ke sini sangat mudah, dimana ianya terletak dipertengahan jalan utama Kota Kinabalu-Papar sahaja.

Melinsung Ranch berlokasi di tempat yang amat indah dan menarik, dan mampu memikat pengunjung yang inginkan ketenangan dan kedamaian. Nikmatilah pemandangan indah Laut China Selatan, dan keunikkan Pantai Melinsung yang halus dan memutih pasirnya. Pemandangan lautan di sini amat memukau, seluas mata memandang.

Kami menawarkan khidmat Pengendali Kuda dan Jurulatih berpengalaman untuk anda yang berminat mengikuti sesi pengendalian kuda secara konsisten, tidak lupa juga kepada andayang ingin berjinak-jinak atau sekadar merasai pengalaman menunggang kuda. Anda akan merasai pengalaman berkuda bersama kuda-kuda kami yang terlatih, mesra dan jinak. Trail perjalanan berkuda meliputi trek berlatar belakangkan hutan semulajadi yang indah dan pantai yang memutih di samping paddock khas untuk anda yang baru bermula.



Tua atau muda, berpengalaman atau tidak, itu bukan menjadi masalah. Pengendali anda adalah terdiri dari para ‘cowboy’ yang berpengalaman luas, yang akan memastikan anda berada pada detik yang terbaik ketika menunggang kuda. Terdapat pelbagai sesi dan program untuk setiap pengunjung, dan ia mencakupi sesi yang anda perlukan, mahukan, minat atau sekadar menambah pengalaman.



Perkhidmatan Yang Disediakan


- Sesi Asas Menunggang Kuda (untuk Beginner)


- Tunggangan Kuda Bebas (Pantai, Trek)

- Perkhidmatan sewa-beli kuda/pony

- Perkhidmatan sewa Stable untuk individu yang ingin menyerahkan kuda mereka untuk dijaga

- Perkhidmatan sewa peralatan menunggang kuda

- dsbg.


Kadar untuk bayaran menunggang kuda di dalam Paddock :

RM 25.00 Setengah Jam / RM 50.00 Satu Jam

(untuk tunggangan kuda di luar adalah dengan kadar harga yang berbeza tetapi berpatutan)



Rasailah pengalaman berkuda yang hebat, hanya di Melinsung Ranch...!!!


Untuk maklumat lanjut Melinsung Ranch Servis, hubungi :
Puan Yanti 016-8476840





Promoted by : Far Rider : 013-8907175 or adni_aden@yahoo.com





Melinsung Ranch, Sabah.

Welcome to Melinsung Ranch where the ranchlands meet the sea. We are located only 45 minutes from Kota Kinabalu . Access to the ranch is easy from either Kota Kinabalu or Papar.

Our ranch is located in a very scenic region and attracts visitors searching for quieter surroundings. Enjoy the gorgeous views of the South China Sea and the beautiful white and sandy Melinsung Beach. Breathe the fresh sea breeze and gaze as far as the eye can see.

We offer instruction horsemanship and unforgettable horseback rides as well as for beginners. Saddle up on one of our well-trained ranch horses. Trails may lead to the tranquil beauty of the forests or the captive scenic view of the sea.

Young or old, experienced or novice, it doesn’t matter. Your guides will be experienced cowboys who will show you a good time. There is something for everyone with several programs and schedules to suits the guest’s needs, experience, wants and interests. We try to customize each visit to the customers expectations, so that when you leave, you will have tasted that part of ranch life which will give you the most satisfaction. This is an actual working ranch, so our guests will also experience many of the everyday things that real cowboys do.


Facilities Offered.

- Riding lesson for beginner
- Rental of horses/ponies
- Stable rental for your own horses
- Scenic guided trail rides
- Rental of float
- Equipment rental

Call - 016-8476840 (Mrs.Yanti)